Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

Cara memendekkan kiriman yang panjang berjela-jela

Selalu kita nampak dalam blog kiriman yang panjang, . Kalau satu muka tu sampai 10 atau 15 kiriman bayangkanlah macammana panjangnya muka blog anda . Jadi di sini saya akan tunjukkan caranya utk memendekkan kiriman anda itu.

Langkah Pertama:
Masuk ke dalam akaun blog anda dan pergi ke bahagian Setting - Archiving.
Pastikan 'enable post pages?' disetkan kepada 'yes'.

Langkah Kedua:
Salin dan letakkan kod ini di mana-mana bahagian di antara tag
<style type="text/css"> dan </style> (Bahagian ini dinamakan Style Sheet)

<MainOrArchivePage>
span.fullpost {display:none;}
</MainOrArchivePage>

<ItemPage>
span.fullpost {display:inline;}
</ItemPage>

a.readmorebutton:link, a.readmorebutton:visited
{ float: left; margin: -10px 2px 2px 2px; padding: 1px; text-align: center; background:#fff;
font-size: 10px; font-family:"Lucida Grande", Verdana, Arial, Sans-Serif; font-weight:bold; color: #333;}

a.readmorebutton:hover, a.readmorebutton:active
{ float: left; margin: -10px 2px 2px 2px; padding: 1px; text-align: center; text-decoration: none; background:#fff;
font-size: 10px; font-family:"Lucida Grande", Verdana, Arial, Sans-Serif; font-weight:bold; color: #333;text-decoration: underline}


Langkah Ketiga:
Salin dan letakkan kod berikut di antara tag
</style> dan tag </head>

<script type="text/javascript">
var memory = 0;
var number = 0;
</script>

Langkah Keempat:
Sekarang cari tag <$BlogItemBody$> .Tag ini berada di bahagian Post Body di bawah tag <blogger> . Salin dan letakkan kod di bawah ini betul-betul selepas tag <$BlogItemBody$> .

<MainOrArchivePage>
<script type="text/javascript">
spans = document.getElementsByTagName('span');
number = 0;
for(i=0; i < spans.length; i++){
var c = " " + spans[i].className + " ";
if (c.indexOf("fullpost") != -1) {
number++;
}
}
if(number != memory){
document.write('<a class="readmorebutton" href="<$BlogItemPermalinkUrl$>"> LAGI..</a><br>');
}
memory = number;
</script>
</MainOrArchivePage>

Perkataan LAGI.. itu boleh ditukar kepada perkataan lain mengikut kesesuaian.

Langkah Kelima:
Savekan perubahan yang anda buat pada template anda

Langkah Keenam:
Buat kiriman baru di bahagian POSTING dalam akaun blog anda.
Salin dan letakkan kod ini <span class="fullpost"> di mana-mana bahagian yang anda rasa sesuai dalam kiriman anda. Kemudian letakkan kod ini </span> di bahagian akhir kiriman anda

Contoh:
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera <span class="fullpost"> buat semua pengunjung http://santai2.blogspot.com/. </span>

Jadi kiriman anda yang dipaparkan hanya:

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
LAGI..

Untuk melihat kiriman anda sepenuhnya anda boleh klik pada pautan LAGI.

Langkah Ketujuh:
Publishkan kiriman anda.

Selamat mencuba.

2 Comments:

Blogger MZP...

Sebagaimana yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan memaparkan syarat-syarat Pertandingan Membina Blog 2007 Anjuran BKPJM. Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan Blog

1. Anda mestilah seorang ahli BKPJM yang sedang berada di Mesir.

2. Anda mestilah mendaftarkan diri ke http://bkpjm.itopsites.com dan menampalkan kod HTML-nya di blog masing-masing ( supaya logo pertandingan kelihatan )

3. Logo mestilah dipaparkan di bahagian atas sidebar atau bahagian-bahagian yang mudah dilihat.

4. Pertandingan berlangsung sepanjang tempoh bermula dari 1 Mac 2007 ( 2 petang ) hingga 31 Mac 2007 ( 2 petang ), dan pemarkahan akan diambil sepanjang tempoh sebulan itu. Tiada markah diambil sebelum dan selepas tempoh itu.

5. Pemarkahan dibuat berdasarkan konsep penambahan dan penolakan markah sebagaimana perincian berikut :

a) Aspek-Aspek Penambahan Markah :

- Membuat apa juga posting/entri
- Membuat posting/entri bahasa Arab dengan tulisan Arab.
- Membuat Posting bahasa Inggeris
- Melakukan sebarang perubahan kepada template dan perubahan itu berjaya.
- Menambah sesuatu kod HTML atau item pada blog, yang asalnya item itu tiada dalam template asal. Setiap satu jenis konsep layak menerima satu kadar markah tertentu.

b) Aspek-Aspek Penolakan Markah :

- Blog tidak update kerana tidak membuat posting/entri.
- Membuat posting ciplak, berasaskan copy/paste, hasil penulisan orang lain.
- Tidak membuat perenggan langsung dalam entri/posting menjadikannya satu perenggan panjang berjela.
- Posting terlalu panjang dan membosankan serta meleret-leret.
- Tatabahasa terlalu teruk dan set taip terlalu teruk.
- Posting terlalu pendek ( kurang 10 perkataan )
- Melakukan perubahan pada template tetapi perubahan itu gagal.
- Melakukan penambahan item atau kod HTML, tetapi ia gagal berfungsi.
- Penambahan item atau apa-apa konsep yang serabut dan kucar kacir secara keterlaluan sehingga kelihatan terlalu serabut.

6. Pemarkahan berkenaan template akan dibuat secara mingguan manakala pemarkahan berkenaan entri dibuat secara harian.

7. Lima Blogger yang menduduki ranking teratas dalam carta topblog bkpjm akan mandapat markah bonus. ( dinilai pada setiap hari jam 3 petang )

8. Keputusan hakim adalah muktamad .

Yang benar, Mohd Zaki.

Sebagaimana yang kelihatan, markah paling besar berada pada posting dan entri, bukan pada design template. Namun kedua-duanya mempunyai kadar markah masing-masing. Selamat mencuba.

Sunday, February 18, 2007  
Blogger abdu thoyyib...

Assalamu'alikum warahmatullahi wa barakatuh.

Salam kenal.
Pak, bagaimana agar sidebar bisa ada di kanan dan di kiri seperti blog kepunyaan anda, tanpa mengganti templet?

ini blog saya be-thoyyib.blogspot.com

thanx

Sunday, April 15, 2007  

Post a Comment

<< UTAMA