Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

Apa itu RSS?

RSS adalah singkatan dari Really Simple Syndication (utk RSS 2.0 ) atau Rich Site Summary (utk RSS 0.9x). Ia merupakan format utk memudahkan pengguna internet mendapatkan maklumat terkini seperti berita dan pembaharuan tanpa melawat laman web tersebut...

Penggunaan RSS ini menjimatkan masa pengguna disebabkan berita tersebut di hantar melalui client RSS reader pengguna, dan pengguna boleh membaca ringkasan berita tersebut sebelum melawat ke laman web berita itu. Ini menjimatkan masa kerana pengguna boleh menentukan sama ada hendak membaca berita penuh di laman web itu ataupun mengendahkan berita tersebut disebabkan tidak menarik perhatian. Untuk memberi gambaran jelas tentang kegunaan RSS ini sila lihat di sidebar kiri blog ini pada bahagian Utusan Hari Ini

Laman web yang selalu menggunakan perkhidmatan RSS ini adalah laman web suratkhabar, berita, webzine dan blog.

Berikut adalah beberapa FEED RSS untuk suratkhabar utama di Malaysia
1- Harakah : http://www.harakahdaily.net/v06/index2.php?option=com_rss&feed=RSS2.0&no_html=1
2- Utusan Malaysia : http://www.feedyes.com/feed.php?f=6P7Y80cIDJaKu0LH
3- Berita Harian
Muka Depan: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Mukadepan
Nasional : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Nasional
Dunia : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Dunia
Ekonomi : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Ekonomi
Citra : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Keluarga
Hiburan : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Hiburan
Agama : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Agama
Rencana : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Rencana
Pendidikan : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Pendidikan

4- The Star : http://thestar.com.my/rss/
5- New Straits Times : http://www.nst.com.my/Current_News/nst/rssAll
6- Harian Metro
Berita Utama : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss?mysec=BeritaUtama
Setempat : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss?mysec=Setempat
Mahkamah : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss?mysec=Mahkamah
Bintang : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss?mysec=Bintang
Arena : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss?mysec=Sukan
Pakar Sakit Puan : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss_puan?mysec=Puan
Doktor Sakit Puan : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/RSS/rss_tuan?mysec=Tuan

Alternatif kepada penggunaan RSS adalah Atom feed seperti yang digunakan di Blogger. Ianya berada beberapa baris di bawah tag <head> . Contohnya : http://santai2.blogspot.com/atom.xml Ini merupakan Atom feed bagi blog ini.

Begitulah secara ringkasnya sedikit maklumat tentang penggunaan RSS.

Valid CSS

CSS adalah singkatan bagi Cascading style sheet. CSS ini digunakan untuk menentukan warna, tulisan dan susunan web. Style Sheet pula adalah fail atau bentuk yang menentukan susunan sesuatu dokumen. Style Sheet ini juga dinamakan sebagai Template. Di dalam blogger kita boleh dapati CSS ini di antara tag <style type="text/css"> dan </style>

Lama juga saya mengubahsuai blog ini supaya CSSnya menepati piawaian W3C (World Wide Web Consortium) . Alhamdulillah hari ini barulah selesai. Sila klik pada kotak W3C di sidebar kanan utk keputusan CSS bagi blog ini.