Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Isteri Anda Mengandung

Berjumpa doktor secepat mungkin untuk mengesahkan kandungan anda terletak di dalam rahim, bukan di luar rahim ( Ectopic! Bahaya! ) dan bukan luarbiasa seperti Hamil Anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )

Tiga bulan pertama sangat penting ! Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari air mani kepada alaqah, seterusnya menjadi mudghah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan. Lebihkan rehat, cukupkan tidur sekurang-kurangnya8 jam. Tidur awal dan bangun awal.

Jauhkan tekanan, fizikal dan mental.

Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan.

Elakkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, x-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar. Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital.

Hubungan seksual perlu dikurangkan atau diperlahankan kerana boleh mengakibatkan turun darah.

Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandungan. Antara makanan yang ada folic acid ialah: nasi, roti, asparagus, orange juice, kacang soya, tempe, sayuran hijau dan lain-lain.

Minum susu untuk pembentukan tulang bayi (sekurang-kurangnya 500gm) dan banyakkan makan buah-buahan kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat-zat makanan yang anda makan itu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat.

Jangan makan ubat-ubatan seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor.
Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling.

Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

0 Comments:

Post a Comment

<< UTAMA