Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

Cara memendekkan kiriman yang panjang berjela-jela

Selalu kita nampak dalam blog kiriman yang panjang, . Kalau satu muka tu sampai 10 atau 15 kiriman bayangkanlah macammana panjangnya muka blog anda . Jadi di sini saya akan tunjukkan caranya utk memendekkan kiriman anda itu.

Langkah Pertama:
Masuk ke dalam akaun blog anda dan pergi ke bahagian Setting - Archiving.
Pastikan 'enable post pages?' disetkan kepada 'yes'.

Langkah Kedua:
Salin dan letakkan kod ini di mana-mana bahagian di antara tag
<style type="text/css"> dan </style> (Bahagian ini dinamakan Style Sheet)

<MainOrArchivePage>
span.fullpost {display:none;}
</MainOrArchivePage>

<ItemPage>
span.fullpost {display:inline;}
</ItemPage>

a.readmorebutton:link, a.readmorebutton:visited
{ float: left; margin: -10px 2px 2px 2px; padding: 1px; text-align: center; background:#fff;
font-size: 10px; font-family:"Lucida Grande", Verdana, Arial, Sans-Serif; font-weight:bold; color: #333;}

a.readmorebutton:hover, a.readmorebutton:active
{ float: left; margin: -10px 2px 2px 2px; padding: 1px; text-align: center; text-decoration: none; background:#fff;
font-size: 10px; font-family:"Lucida Grande", Verdana, Arial, Sans-Serif; font-weight:bold; color: #333;text-decoration: underline}


Langkah Ketiga:
Salin dan letakkan kod berikut di antara tag
</style> dan tag </head>

<script type="text/javascript">
var memory = 0;
var number = 0;
</script>

Langkah Keempat:
Sekarang cari tag <$BlogItemBody$> .Tag ini berada di bahagian Post Body di bawah tag <blogger> . Salin dan letakkan kod di bawah ini betul-betul selepas tag <$BlogItemBody$> .

<MainOrArchivePage>
<script type="text/javascript">
spans = document.getElementsByTagName('span');
number = 0;
for(i=0; i < spans.length; i++){
var c = " " + spans[i].className + " ";
if (c.indexOf("fullpost") != -1) {
number++;
}
}
if(number != memory){
document.write('<a class="readmorebutton" href="<$BlogItemPermalinkUrl$>"> LAGI..</a><br>');
}
memory = number;
</script>
</MainOrArchivePage>

Perkataan LAGI.. itu boleh ditukar kepada perkataan lain mengikut kesesuaian.

Langkah Kelima:
Savekan perubahan yang anda buat pada template anda

Langkah Keenam:
Buat kiriman baru di bahagian POSTING dalam akaun blog anda.
Salin dan letakkan kod ini <span class="fullpost"> di mana-mana bahagian yang anda rasa sesuai dalam kiriman anda. Kemudian letakkan kod ini </span> di bahagian akhir kiriman anda

Contoh:
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera <span class="fullpost"> buat semua pengunjung http://santai2.blogspot.com/. </span>

Jadi kiriman anda yang dipaparkan hanya:

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
LAGI..

Untuk melihat kiriman anda sepenuhnya anda boleh klik pada pautan LAGI.

Langkah Ketujuh:
Publishkan kiriman anda.

Selamat mencuba.

Petua Orang Tua-Tua Ketika Mengandung

1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiaya atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah dililit di sekeliling leher dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan dikhuatiri mengenan pada bayi
6) Minum air sarang burung, sehari sebotol kecil supaya kulit dan mata anak cantik.
5) Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bahan kimia yang berbahaya pada bayi.
6) Buah seperti nangka dan cempedak kalau boleh dielakkan sebab berangin.
7) Jangan simpan kucing sebab najisnya boleh menjejaskan bayi.

Amalan ketika mengandung

Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.

Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah dididik sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Perkara-perkara yang elok diamalkan ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis.
c. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.
d. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
e. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, seperti duit rasuah dan wang riba.
h. Dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
j. Suami hedaklah kerap solat sunat dan hendaklah banyak mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Antara doa-doa yang elok dibaca ialah:

-1رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
-2
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
-3
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
-4
فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

k. Banyakkan membaca Al-Quran dengan memohon kepada Allah supaya isteri dapat bersalin dengn mudah.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
a) Surah Yaasiin
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.

(Ketika membaca surah Yusof dan Luqman, letakkan tangan suami di perut isteri bila kandungan berusia 7 bulan sebab pada masa ini sel-sel otak bayi sedang membesar. Bayi akan cepat menangkap bunyi dari luar)

d) Surah Maryam untuk memperolehi anak yang sabar dan taat.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah Al A'raf ayat 189
g) Surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi
(Bacakan kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur).
j. Banyakkan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang iaitu:

-1رَبّ يَسِّر ولادَتََِى تيسِيرًا
-2
رَبّ سَلِمنِى وَسَلِم مَا فِى بَطنِي

Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Isteri Anda Mengandung

Berjumpa doktor secepat mungkin untuk mengesahkan kandungan anda terletak di dalam rahim, bukan di luar rahim ( Ectopic! Bahaya! ) dan bukan luarbiasa seperti Hamil Anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )

Tiga bulan pertama sangat penting ! Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari air mani kepada alaqah, seterusnya menjadi mudghah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan. Lebihkan rehat, cukupkan tidur sekurang-kurangnya8 jam. Tidur awal dan bangun awal.

Jauhkan tekanan, fizikal dan mental.

Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan.

Elakkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, x-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar. Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital.

Hubungan seksual perlu dikurangkan atau diperlahankan kerana boleh mengakibatkan turun darah.

Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandungan. Antara makanan yang ada folic acid ialah: nasi, roti, asparagus, orange juice, kacang soya, tempe, sayuran hijau dan lain-lain.

Minum susu untuk pembentukan tulang bayi (sekurang-kurangnya 500gm) dan banyakkan makan buah-buahan kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat-zat makanan yang anda makan itu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat.

Jangan makan ubat-ubatan seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor.
Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling.

Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.